Iklan

22 December 2012

STRATEGI PERNIAGAAN ABDUL RAHMAN BIN AUF ra.

✔ Jangan menolak rezeki walaupun sedikit. Adakalanya kita terpaksa menurunkan keuntungan perniagaan kita. Dengan itu, keuntungan masih kita perolehi. Rezeki masih menyebelahi kita walaupun sedikit.

“Aku tidak menjual barang-barang cacat, aku merasa cukup dengan untung yang sedikit kerana aku tahu ALLAH memberkatinya..” - Abdul Rahman bin Auf 

✔ Percepatkan segala urusan jual beli. Percepatkan segala layanan pelanggan. Terbukti dari zaman dahulu sehingga kini, kelajuan dan kepantasan menangani masalah dan pelanggan dalam perniagaan akan memberi pulangan yang tinggi. Pelanggan pula akan suka kepada peniaga sebegini. Dengan memudahkan urusan pelanggan, besar kemungkinan pelanggan akan melanggan buat kali kedua dan seterusnya.

“Aku tidak pernah melambatkan penjualan barangan daripada yang meminta.” - Abdul Rahman bin Auf

✔ Urus niaga haruslah dijalankan dalam tunai sahaja. Di mana ia akan menguntungkan kedua belah pihak samada pelanggan mahupun peniaga.

“Aku tidak menjual secara tangguhan bayaran.” - Abdul Rahman bin Auf

Kehebatan beliau dalam perniagaan tidak dapat disangkal lagi. Sejarah pernah merekodkan bahawa Abdul Rahman bin Auf ra pernah menjual seribu ekor unta dalam masa 1 hari sahaja. Beliau menjualnya dengan harga yang murah, beliau hanya mengambil untung atas tali yang mengikat unta sahaja

3 comments:

jai said...

boleh jadi ilmu berguna

Unknown said...

Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
Jika ya, silahkan kunjungi website ini www.kumpulbagi.com untuk info selengkapnya.

Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

Unknown said...

На нашем сайте представлены анкеты Дорогие проститутки Киева sex-ra.com Угроза войны — хлеб насущный для реакции, готовых завести с Вами интим знакомство и украсить досуг мужчины. Положительная шлюха с сексуальными наклонностями. Образованна (студентка факультета культуры). Общительна. Сексуальна.