Iklan

27 January 2008

Gemuk Dan Gendut

GEMUK perkataan yang sangat ditakuti wanita manakala senariobiasa pada lelaki. Kebanyakan orang percaya selepas berkahwin,perempuan mudah menjadi gemuk dan lelaki cenderung untuk gendut. Bagaimanapun, ia sebenarnya sekadar cakap kosong yang tidak pernah disertai dengan kajian saintifik. Walaupun genetik memainkan peranan penting tetapi masalah itu iajuga berkaitan dengan aktiviti fizikal dan pemakanan individu.

Gemuk sebenarnya trend yang semakin meningkat bukan saja diMalaysia tetapi seluruh dunia yang dikaitkan dengan prosesurbanisasi dan globalisasi. Ramai orang tidak bergiat aktif, tidakbersenam dan mengamalkan gaya pemakanan tidak sihat. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengakui obesiti adalah epidemikyang mewarnai peta dunia. Hampir satu bilion orang dewasa diseluruh dunia terlebih berat dan satu pertiga daripadanya gemuk.Ironinya, negara seperti India yang dicatatkan sebagai negara yangmemiliki kes kekurangan nutrisi yang tinggi juga menghadapi masalahini.

Lahirkan anak ramai bukan punca gemuk DI BARAT, gemuk dan terlebih berat badan memang perkara biasa.Malah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) melaporkan pola peningkatannya lebih cepat berbanding negara membangun. Bagaimanapun WHO memberi jawapan yang sama kepada punca masalah ini iaitu pengambilan makanan yang tinggi gula, lemak tepu dan kurang khasiat digabung dengan sikap malas bersenam. Justeru, kepercayaan wanita mudah menjadi gemuk selepas kahwinadalah mitos belaka. Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Kawalan Penyakit, JabatanKesihatan Awam Kementerian Kesihatan, Dr Noor Azah Daud, berkatalogiknya selagi menjaga pemakanan dan rajin bersenam, jumlah kekerapan melahirkan anak bukanlah soalnya kerana ada jugaperempuan yang tidak berkahwin juga gemuk.

"Sebenarnya apabila umur meningkat iaitu bermula usia 40 tahun,fisiologi otot mengecil atau mengecut secara perlahan-lahan dan iaboleh diisi dengan lemak. Keadaan ini bukan terhad pada wanita saja tetapi juga lelaki," katanya. Simpanan tenaga utama adalah lemak. Apabila pengambilan tenaga lebih banyak daripada tenaga yang digunakan, tisu berlemak (adiposetissue) semakin bertambah. Keadaan itu selalunya seiring dengan peningkatan BMI justeru berat badan.

Penggunaan tenaga tubuh sebenarnya sepadan dengan berat badan.Peningkatan tenaga yang tidak seimbang menyebabkan pertambahan berat badan. Saya sentiasa sibuk di pejabat dan rumah, mengapa saya masih gemuk?Ini mungkin soalan biasa di kalangan wanita. Jawabnya mudah, kataDr Noor Azah, secara relatifnya lelaki lebih aktif justeru merekalebih berupaya mengawal berat badan berbanding wanita. "Memang wanita juga aktif. Bagaimanapun keaktifan itu tidak termasuk bersenam. Selalunya wanita 'aktif' dengan urusan pejabat dan sibuk dengan rumah tangga tetapi secara realiti wanita tidakbanyak bergerak," katanya. Maksudnya, dalam melakukan kerja pejabat dan kerja rumah kekuatan tangan yang lebih diperlukan. Pergerakan tangan digunakan untuk menaip dan memasak atau melipat pakaian. Pergerakan tangan tidak termasuk dalam kategori penggunaan otot besar. Penggunaan jari atau otot kecil bermaksud kurang mengeluarkan tenaga. Berbanding otot besar seperti bahu, paha dan pinggul, setiap pergerakan otot besar lebih dari 10 minit membantu mengeluarkan tenaga. Kerana itu setiap kali melakukan aktiviti fizikal ia mesti lebih dari jangka masa itu.

Anologi paling mudah, mentega yang dikeluarkan dari peti sejukmengambil masa 10 minit untuk mencair. Justeru, jika mahu kurus perlu ada keseimbangan antara tenaga yang diambil dan digunakan. "Ada wanita mengambil jalan pintas untuk kurus. Mengambil pil pelansing dan mengamalkan diet tidak sihat. Apa yang perlu mereka tahu, pil pelansing ada pelbagai cara tindakannya. Ada berfungsi mengurangkan penyerapan makanan dan ada mengurangkan selera makan. "Cara betul kurangkan berat badan adalah amalan bersenam dan makanmakanan sihat. Jangan makan pil kurus kerana sebaik saja berhenti mengambilnya, berat badan akan naik dua kali ganda daripada asal.Malah ada kes ia juga boleh menjejaskan buah pinggang kerana ia sudah tidak boleh lagi berfungsi sebagai penapis," katanya. Dr Noor Azah berkata, ubat menguruskan badan tidak banyak membantu dan ia bergantung pada fungsinya.

Paling utama pengguna perlupastikan ia diluluskan Kementerian Kesihatan Malaysia. "Gemuk sepatutnya tidak boleh menjadi trend. Obesiti adalah penyakit. Walau apapun kepercayaan, sama ada normal untuk wanita gemuk selepas kahwin atau biasalah kalau lelaki gendut selepas berkahwin ia harus dihapuskan sama sekali," Antara komplikasi gemuk adalah barah.

Memang penyakit barah itu sebenarnya disebabkan banyak faktor, tetapi kalau banyak lemak risiko barah lebih tinggi. Justeru, mereka yang obes lebih cenderung diserang barah. Genetik memang memainkan peranan tetapi ia tidak sehebat penangan tabiat pemakanan tidak betul dan sikap malas bersenam. Genetik hanya memberi sumbangan yang kecil saja dalam epidemik gemuk. "Jika seseorang itu gemuk sejak kecil, sel lemaknya lebih besar dan banyak. Walaupun apabila dewasa, kegemukannya tidak bertambah,bilangan sel lemak tidak berkurang. Maksudnya, dia susah untuk menjadi kurus berbanding mereka yang gemuk selepas dewasa,"katanya. Antara wanita dan lelaki malah antara satu individu dengan individu lain, tidak ada satu kadar pembakaran lemak (BMR) sama.

Ada individu yang makan kerap tetapi tidak gemuk. Mereka ini tergolong dalam kelompok BMR tinggi. Merujuk pada kajian pemakanan di kalangan dewasa Malaysia (MANS)pada 2003 mendapati prevelan obesiti dan terlebih berat lebih tinggi di kalangan wanita berbanding lelaki. Perbandingan antara kaum pada 1995 pula mendapati prevelan obesiti lebih tinggi di kalangan orang Melayu diikuti India dan Cina manakala kajian MANS menunjukkan obesiti tertinggi adalah dikalangan masyarakat India. Kajian MANS juga mendapati pengambilan tenaga penduduk Malaysia adalah 70 peratus daripada pengambilan makanan yang dicadangkan.Cadangan pengambilan tenaga penduduk Malaysia dewasa adalah antara 1,200 hingga 1,800 kalori (kcal) sehari tetapi ia berbeza mengikut umur dan jantina. "Kajian itu juga menunjukkan sebahagian besar rakyat Malaysia (85.5 peratus) mengamalkan gaya hidup sedentari (lebih banyak duduk)manakala hanya 14.4% saja bersenam. "Kata Dr Noor Azah, secara umum bagi wanita tisu lemak berlebihan tersimpan di pinggul, kaki dan paha manakala bagi lelaki lebihan itu lebih banyak berkumpul di perut.

Secara umum, senaman untuk menguatkan jantung adalah berlari 30minit tetapi jika ingin menguruskan badan, cukup dengan berjalan-jalan santai tanpa berhenti bagi tempoh satu jam. Lelaki mudah gendut bila usia meningkat APA punca gemuk dan gendut? Ketua Penolong Pengarah, BahagianKawalan Penyakit, Jabatan Kesihatan Awam Kementerian Kesihatan, DrNoor Azah Daud, berkata puncanya adalah ketidakseimbangan dalam pengambilan tenaga dengan penggunaan tenaga. Ini ditambah dengan tiada perubahan dalam tabiat dan pengambilan makanan berlemak dan tinggi kalori. "Kombinasi pengambilan nutrisi berlebihan ditambah pula dengan gaya hidup lebih banyak duduk adalah punca utama obesiti epidemik,"katanya. Selain malas bersenam, perubahan persekitaran fizikal (obesogenicenvironment) juga mempengaruhi keadaan ini. Antara lelaki dan perempuan, lelaki cenderung untuk menjadi gendutapabila usia semakin meningkat. Lelaki seperti juga perempuan'bergelut' dengan isu pertambahan berat badan atau gemuk sepanjang usia. Begitupun, ada yang tidak menyedari pertambahan dalam ukur lilit perut mereka. Gemuk atau gendut sebenarnya boleh dicegah dengan pengambilan dietyang betul dan senaman. Senaman untuk setiap individu, tua dan mudatidak sama.

Apabila usia meningkat misalnya, selain mengubah menumakanan anda juga perlu tahu senaman sesuai untuk terus kekal langsing atau menurunkan berat badan. Secara umum, untuk menurunkan berat badan anda perlu 'membakar'sebanyak mana kalori yang anda ambil. Maksudnya elak makanan tinggilemak dan karbohidrat dan makan dalam kuantiti yang kecil. Jadikan 'pembakaran' lemak sebagai aktiviti rutin. Walau di manaanda berada di rumah atau pejabat, lakukan bila berkesempatan.Misalnya, gunakan tangga untuk ke kantin atau ke surau. Begitupunturun naik tangga lakukan dengan menggunakan kasut bertapak rendahbukan kasut bertumit tinggi.

Info - Dalam sesetengah budaya, gemuk dikaitkan dengan tarikan fizikal,kekuatan dan kesuburan. Artifak lama dikenali sebagai "Venusfigurines" iaitu statut bersaiz poket adalah model perempuan gemuk.Walaupun signifikan budaya ini tidak direkodkan tetapi ia dikatakanpopular di zaman prasejarah di Mediterranean. Dalam budaya Eropahpula, perempuan gemuk dikaitkan dengan ritual magis dan kesuburan. - Gemuk juga diiktiraf sebagai simbol kekayaan dan status sosialterutama dalam kelompok masyarakat yang mengalami masalahkekurangan makanan. Dalam sejarah awal Eropah moden juga gemukdikaitkan sebagai simbol kekayaan sebelum akhirnya ia dikaitkandengan keghairahan, selera dan erotik. - Dalam seni halus, perempuan gemuk juga mendapat tempat. Misalnyadalam karya pelukis era baroque, Peter Paul Rubens (1577-1640)sehingga timbulnya istilah 'Rubenesque'. Ia dilihat sebagai simbolprestij.

Bagi anda yang ada masalah obesiti atau masalah kegemukan, daninginkan dapat berat badan yang sihat...tetapi tak ada masa untukbersenam, apa kata cuba program shape works herbalife.Satu bancuhan shake (formula 1 + Formula 3 + susu soya/susu rendahlemak) = 250kcla.Disyorkan 2 kali sehari sebagai gantian sarapan dan makan t/hariatau dinner = 500kcal.Disyorkan ambil sekali sehari makanan harian anda = 1000kcal.Jadi, jumlah pengambilan kalori anda sehari = 1500kcal.Purata badan kita menggunakan tenaga sehari = 1800kcal.Jumlah kalori yang tak cukup untuk penggunaan seharian = -300kcal (Kekurangan 300kcal sehari akan diambil dari lemak untuk ditukarmenjadi tenaga)Jika sebulan, 300 x 30 = 9000kcalSetiap 7000kcal yang digunakan boleh membakar lemak seberat 1kg.Jadi, secara anggarannya, anda boleh kurangkan 1.3kg sebulan tanpabersenam. (9000kcal/7000kcal = 1.3kg)

Belum cukup lagi....kita ada Teamix yang bertindak sebagai "booster"untuk meningkatkan kadar metabolisme dan meningkatkan tenaga.Satu (1) sudu kecil teamix + segelas air panas/ suam berupayamembakar lemak 100kcal. Kadar lemak yang dibakar sama seperti pergikelas aerobic selama 20 minit.Disyorkan ambil 3 kali sehari = 100 x 3 = 300kcal sehari.Sebulan, 300 x 30 = 9000 kcal.Dengan ini, dianggarkan anda boleh kurangkan lagi berat andasebanyak 1.3kg sebulan.Jadi jumlah sebulan penurunan tanpa bersenam = 2.3kg.* Bagaimana pun, keputusan sebenar penurunan bergantung kepadasistem metabolisme badan anda. Ada yang boleh turun 10kg ke 12kgsebulan. Ianya tidak mustahil.* Pastikan pengambilan air masak atau air kosong sekurang-kurangnya2 litre sehari. Tujuannya untuk melancar dan membantu prosesmetabolisme. Jika badan kita kurang air, lemak sukar untuk diprosesmenjadi tenaga.

Setakat inilah maklumat yang dapat saya kemukakan untuk tatapan kita semua...Assalamualaikum

Salam Perkenalan...

Assalamualaikum...salam perkenalan dari Manismadu[MM].Harap bersabar untuk perkembangan terbaru...Jumpa lagi..