Iklan

28 January 2008

Renungan Untuk Lelaki Soleh

KRITERIA LELAKI SOLEH

-Sentiasa taat kepada Allah SWT dan Rasulullah s.a.w.

-Jihad fisabilillah adalah program hidupnya.

-Mati syahid adalah cita-cita hidup yang tertinggi.

-Sabar dalam menghadapi ujian dan cabaran dari Allah.

-Ikhlas dalam beramal.

-Kampung akhirat menjadi tujuan utama hidupnya.

-Sangat takut kepada Allah dan ancamanNya.

-Selalu memohon ampun atas segala dosa-dosanya.

-Zuhud dalam dunia tetapi tidak meninggalkannya.

-Solat malam menjadi kebiasaannya.

-Tawakkal penuh kepada Allah dan tidak mengeluh kecuali kepada Allah.

-Selalu berinfaq ( bersedeqah ) sama ada dlm kelapangan mahupun sempit.

-Menerapkan nilai kasih sayang sesama mukmin dan ukhwah antara mereka.

Eeee...nak muntah...

BERKUKU PANJANG

Dikatakan bahawa menyimpan sebatang jari kuku yang panjang, dosanya sama seperti memelihara sekandang khinzir, jika kesemua jejari kita menyimpan kuku yang panjang.... bayangkanlah dosa yang telah kita tanggung untuk kesemua khinzir-khinzir tersebut.... potonglah kuku anda.
Jangan simpan kuku panjang walaupun hanya 1 mm atau pun hanya jari kelingking. Bagi umat Islam adalah tidak sesuai berkuku panjang atas apa alasan sekalipun kerana ia tidak membayangkan kesucian dan ia juga bukan budaya kita apatah lagi menggunakan tangan untuk beristinjak.
Orang Melayu yang berkuku panjang biasanya mempunyai anak yang bodoh atau pun degil dan suka melepak sebab diberi makan bahan kotor yang berada di kuku jari emaknya semasamenyediakan makanan seperti memerah santan kelapa, buat cokodok pisang, uli tepong, dll.Apa ilmu pun yang di ajar pun tak akan boleh diterima masuk ke dalam kepala. Percayalah.
Pasal tabiat berkuku panjang inilah yang membuatkan orang Melayu mundur dan tidak berjaya. Syarikat Melayu yang bangkrap dan rugi teruk adalah kerana mempunyai pekerja dan pemilik yang berkuku panjang.Untuk yang bujang beringatlah. Kalau hendak cari pasangan dan hendak anak yang pandai dan mendengar kata pilihlah wanita atau lelaki yang sentiasa berkuku pendek. Insya-Allah dan sebagai maklumat tambahan, kuku panjang mempunyai sejenis kuman seperti yang terdapat dalam najis manusia, iaitu E-Coli. Kuman tersebut tidak akan hilang walaupun kita mencuci tangan dengan sabun. Oleh itu, sentiasalah berkuku pendek untuk kesihatan dan kebersihan diri sendiri.


Renungan Untuk Wanita Solehah

Renungan untuk wanita...

1. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orang wali.

2. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 lelaki soleh.

3. Seorang wanita yang jahat adalah lebih buruk daripada 1,000 lelaki yang jahat.

4. 2 rakaat solat dari wanita yang hamil adalah lebih baik daripada 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.

5. Wanita yang memberi minum susu kepada anaknya daripada badannya (susu badan) akan dapat satu pahala daripada tiap-tiap titik susu yang diberikannya.

6. Wanita yang melayan dengan baik suami yang pulang ke rumah di dalam keadaan letih akan mendapat pahala jihad.

7.Wanita yang habiskan malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit akan mendapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba.

8. Wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan suami yang melihat isterinya dengan kasih sayang akan dipandang Allah dengan penuh rahmat.

Singkatan A'kum utk Assalamualaikum...

MAKSUD SINGKATAN "AKUM"


Assalamu'alaikumUntuk renungan bersama : Janganlah kita menggantikan perkataan "Assalamualaikum" dengan "A'kum" dalam sms atau apa sekalipun melalui tulisan. Jika perkataan Assalamualaikum itu panjang, maka hendaklah kita gantidengan perkataan Salam" iaitu sama makna dengan Assalamualaikum.Sesama lah kita memberitahu member-member yang selalu sangat guna shortform A'kum dalam sms ataupun email. Perkataan 'AKUM' adalah gelaran untuk orang-orang Yahudi untuk orang-orang bukan yahudi yang bermaksud 'BINATANG' dalam Bahasa Ibrani.Iasingkatan daripada perkataan 'Avde Kokhavim U Mazzalot' yang bermaksud 'HAMBA-HAMBA BINATANG DAN ORANG-ORANG SESAT'.Mulai sekarang jika ada orang hantar shortform "A'kum", kita ingatkan dia guna "Salam".