Iklan

22 December 2012

STRATEGI PERNIAGAAN ABDUL RAHMAN BIN AUF ra.

✔ Jangan menolak rezeki walaupun sedikit. Adakalanya kita terpaksa menurunkan keuntungan perniagaan kita. Dengan itu, keuntungan masih kita perolehi. Rezeki masih menyebelahi kita walaupun sedikit.

“Aku tidak menjual barang-barang cacat, aku merasa cukup dengan untung yang sedikit kerana aku tahu ALLAH memberkatinya..” - Abdul Rahman bin Auf 

✔ Percepatkan segala urusan jual beli. Percepatkan segala layanan pelanggan. Terbukti dari zaman dahulu sehingga kini, kelajuan dan kepantasan menangani masalah dan pelanggan dalam perniagaan akan memberi pulangan yang tinggi. Pelanggan pula akan suka kepada peniaga sebegini. Dengan memudahkan urusan pelanggan, besar kemungkinan pelanggan akan melanggan buat kali kedua dan seterusnya.

“Aku tidak pernah melambatkan penjualan barangan daripada yang meminta.” - Abdul Rahman bin Auf

✔ Urus niaga haruslah dijalankan dalam tunai sahaja. Di mana ia akan menguntungkan kedua belah pihak samada pelanggan mahupun peniaga.

“Aku tidak menjual secara tangguhan bayaran.” - Abdul Rahman bin Auf

Kehebatan beliau dalam perniagaan tidak dapat disangkal lagi. Sejarah pernah merekodkan bahawa Abdul Rahman bin Auf ra pernah menjual seribu ekor unta dalam masa 1 hari sahaja. Beliau menjualnya dengan harga yang murah, beliau hanya mengambil untung atas tali yang mengikat unta sahaja

21 December 2012

Di sebuah restoran mahal..

Seorang gadis bertudung makan seorang diri...

tiba-tiba datang sekumpulan remaja duduk di meja sebelah..

Seorang gadis dari kumpulan itu berkata :

"gadis kampung mana pulak datang restoran mahal camni pastu makan guna tangan pulak tu...ni mesti tak reti nak pakai sudu dan garfu kan.."

Seorang anak muda pulak menyampuk:

"ish...muka cantik..tapi makan sampai licin pinggan..malu doh kalau aku jadi bf dia..kalau awek aku makan x sampai separuh pinggan..diet katakan..nak jaga badan...."

Seorang lagi berkata :

"eww..tengok tu...sampai menjilat jari dowh..geli aku...pengotor rupanya awek ni..."..

Kemudian datang seorang lelaki yang tidak dikenali ke arah kumpulan remaja tu...

Lelaki tu berkata:

♥ Gadis bertudung itu makan guna tangan kerana ikut sunnah Rasulullah s.a.w. bukan kerana dia gadis kampung.

♥ Gadis bertudung itu makan sampai licin kerana dia tak ikut nafsu untuk membazir, bukan kerana dia tidak malu.

♥ Gadis bertudung itu makan sampai menjilat jari kerana ikut sunnah Rasulullah s.a.w, bukan kerana dia pengotor.

p/s : Rasulullah saw. bersabda yg bermaksud : “Sesiapa yg menghidupkan sunnahku, maka sesungguhnya ia telah mencintaiku, dan sesiapa yg mencintaiku, nescaya ia bersama-samaku di dalam syurga.. (Riwayat Anas ra.)

30 January 2012

Lama giler....

Wah..lama sungguh x update blog ni..tetiba buka dh ader 180 follower..ader ke patut bg diaorg tgk blog ni mcmtu je..pasni mesti diaorang dh malas nk jengah sini kan..huhuhu..nmpaknya ken jejalan blogwalkinglah kali ni...aplah yg busy sgt aku ni smpai x sempat nak update blog ni..anak2 dh duk asrama yang tinggal ni pon dh boleh bawak diri..hehehe..oh,ya..aku nga kemaruk mengemas rumah...hehehe..oklah nak jejalan jenguk kekwn follower...daaa

23 August 2011

Kisah Poligami

( i )
"Mak Limah tahukah Pak Mat bernikah satu lagi?" tanya saya.
"Pada mulanya tidak tahu. Tetapi kemudian dia tahu," jawab Pak Mat, sambil tersenyum simpul.
"Macam mana rahsia terbongkar?" tanya saya.
"Saya yang beritahu Mak Limah," jawab Pak Mat ringkas.
"Bagaimana Pak Mat beritahu? Bawa bersemuka atau tunjuk gambar?" tanya saya, ingin tahu teknik-teknik beliau.
"Mak Limah memang akan periksa poket-poket saya sebelum membasuh pakaian. Saya fotostat surat nikah saya dan isteri kedua dan 'buat pura-pura tertinggal' salinan surat nikah itu," jawab Pak Mat. "Beliau periksa poket baju saya dan terjumpa salinan surat nikah itu."
"Bila Mak Limah jumpa salinan surat nikah itu, tidakkah meletus perang dunia, Pak Mat?"
"Tidak. Tiada perang, malah angin 'kus-kus' pun tidak ada," jawab Pak Mat.

( ii )
"Tidak bertengkar? Hairan juga saya. Apa reaksi Mak Limah?" tanya saya.
"Beliau bergegas ke bilik air. Ambil wudhu dan terus solat," jawab Pak Mat.
"Mak Limah tidak menangis?" tanya saya.
"Beliau solat lepas itu datang bersalam dengan saya. Lepas cium tangan dia berkata tenang: "Selamat pengantin baru, bang." Saya pun terdiam dengan reaksi dan tindakan beliau," kata Pak Mat, masih lagi tersenyum simpul.
"Subhanallah! Beruntung Pak Mat dapat isteri seperti Mak Limah. Tidak marah. Tidak menangis. Tidak baling pinggan mangkuk atau periuk belanga. Apa perasaan Pak Mat ketika itu?" tanya saya.
"Bercampur-campur sebenarnya perasaan saya ketika itu," jawab Pak Mat.
"Maksud Pak Mat?"
"Terkejut campur gembira. Menyesal pun ada. Kasihan juga," jawab Pak Mat.
"Kenapa begitu, Pak Mat?"
"Terkejut kerana tidak sangka reaksi dia begitu. Menyesal sebab walau pun perasaan dia terluka tetapi dia masih tenang dan sempat mengucapkan 'selamat pengantin baru' kepada saya. Saya menyesal saya kahwin satu lagi, tetapi tak kan lah saya nak ceraikan isteri muda. Kasihan kepada beliau kerana walau pun di dalam keadaan sedih, dia sanggup menelan kepahitan dan menahan perasaannya. Bukan senang hendak hadapi semua itu," terang Pak Mat.

( iii )
"Boleh saya tahu rahsia hati Pak Mat?" tanya saya.
"Rahsia apa?"
"Antara dua isteri Pak Mat, siapa yang Pak Mat lebih sayang?" tanya saya.
"Pandai kamu mencungkil rahsia saya, ya?"
"Hati manusia, Pak Mat."
"Isteri kedua cantik dan muda. Kerja sebagai guru sekolah menengah. Saya sayang beliau," terang Pak Mat.
"Pak Mat lebih sayangkan dia daripada Mak Limah?" desak saya.
"Mak Limah sudah berumur. Tetapi ketika dia muda dulu, dia cantik rupawan juga. Kami sudah lalui masa susah semasa saya baru mula bertapak. Dia sabar dan tabah menempuhnya dan setia bersama saya," jawab Pak Mat.
"Mak Limah lebih dekat di hati Pak Mat daripada isteri kedua Pak Mat?" tanya saya.
"Ya, benar sekali. Mak Limah wanita pertama di hati saya. Dia masih setia dan menerima hakikat saya bernikah lagi. Itu yang membuat hati saya sayang lebih sedikit daripada isteri muda saya," terang Pak Mat.
Saya dan Pak Mat terus berbual-bual sambil makan mee ladna di warung tom yam seafood itu.

12 August 2011

Guru Besar Bersara

Salam....hulawai lama den tak update blog nie...anyway kalini aku nak story pasal cerita yang dah agak2 basi tentang majlis persaraan guru besar sekolah anak2 aku pada 6/7/2011 hari tu...masa aku hantar anak aku yang darjah 2 tu tetiba nampak orang ramai kat perkarangan sekolah,ingatkan ada apa rupa2nya pelajar beratur untuk bersalaman dengan guru besar yang akan bersara pada esoknya...nak cerita banayak pon x berapa best apa kata kita layan video n pic yang sempat aku rakam kan...