Iklan

01 July 2011

Kelab taat suami~18sx ke?



Terasa macam duduk dalam gua bila tak boleh nak aktifkan blackberry di Perancis. Nak kena kontrak setahun,akaun bank tempatan dan segala macam hal lain yang sangat merenyahkan. Rasa nak jumpa je ketua bahagian perhubungan Perancis ni untuk menyatakan kekesalan bilamana tak boleh nak berhubung dengan orang-orang yang tersayang sewenang-wenangnya. Tapi saya sedar bahawa anganan itu hanya sia-sia belaka.



Bercakap pasal duduk dalam gua yang telah menyebabkan diri ini ketinggalan macam-macam hal,rasanya memang bertambah-tambahlah ketinggalannya bila baru sekarang nak tulis pasal Kelab Taat Suami yang baru-baru ini heboh diperkatakan. Awalnya tidaklah terbersit diminda untuk sampai memblog kan KTS itu. Tapi bila melihatkan berbagai komen yang membina dan tak membina langsung yang dilemparkan masyarakat terhadap kelab yang kontroversi itu,saya terus rasa nak join depa dalam melontarkan pandangan. Walaupun pandangan orang macam saya ni tidaklah begitu dihiraukan,tapi.. terpulanglah kan. Nak bagi juga pandangan. Tak kira!
Rasanya nama Kelab Taat Suami tu memang simple sangat untuk kita fahami bahawa kelab itu mengajak para isteri untuk mentaati suaminya. Cuma mungkin hal yang menimbulkan kontroversi itu ialah bila disebutkan bahawa isteri perlu menjadi seperti seorang pelacur kelas atasan dalam melayani suami dibilik tidur. Hebatt.. Walaupun statement tu macam vulgar sikit,tapi sebenarnya betul la kan? Habis? Nak layan suami kat bilik macamana lagi? Takkan macam nenek yang mendodoikan cucunya sambil baca cerita sang kancil dan buaya. Hairan juga saya bila ramainya pihak yang tak setuju bila disentuh perihal pelacur kelas atasan tu. Awatnya? Nak suruh jadi macam pelacur dalam hal layan suami je pun. Bukannya nak suruh pergi bertenggek kat Bukit Bintang, Lorong Haji Taib semua tu. Yang depa sebut tu ialah untuk SUAMI yang halal. Suami tu ialah kaum yang Rasulullah sebut,kalau ada makhluk yang boleh disembah,itu ialah suami.Nnanti bila cakap macam ni ada pulak yang kata,ha..sesat la tuh. Nak suruh sembah suami. Haddoii..

Kita ni kan,bila nak bercakap tu kena fikir panjang sikit. Jangan melatah-latah lepas tu semua kenyataan yang kita buat macam orang tak sekolah. Maafkan saya(nada macam pembaca berita terbatuk waktu on air) Lebih-lebih lagi bila kita ini ialah orang-orang yang diperhatikan cakap-cakapnya. Lagilah nak kena jaga. KTS tu bercakap hal yang asas sangat. Bukan depa yang cakap. Allah lah yang cakap. Taat suami tu Allah yang suruh. Jadi bila ada kumpulan isteri-isteri yang dah sedar akan kewajipan mentaati suami dan seterusnya ingin menubuhkan kelab taat suami agar lebih ramai lagi wanita yang berjaya mentaati suaminya seperti yang Allah suruh,bukankah kita patut sokong? Bukannya kita tiba-tiba sampai nak cek pendaftaran syarikatlah,nak banned dsb. Susah juga ye sekarang ni. Filem-filem melayu yang kebanyakannya dah berkategori 18sx tu elok je pulak bersiaran setiap hari. Tapi bila nak ajak taat suami(layan suami dibilik macam pelacur kelas atasan) dah macam-macam pula ceritanya.

Bendanya macam ni je sebenarnya. Cuba kita tengok berapa ramai pemimpin dunia dan orang-orang besar yang telah terjerat dalam perselingkuhan. Tak kurang diantara mereka yang terjebak dengan pelacur-pelacur kelas atasan. Untuk mengelakkan semua ini,setidak-tidaknya bukankah kita patut mencontohi pelacur-pelacur itu dalam hal melayani suami? Maksudnya keinginan suami tu begitulah. Kalaulah kita betul dapat memenuhi keinginan itu,kita juga yang senang bila suami tidaklah sampai nak mencari pelacur yang dah jelas haramnya. Ala..macamlah bila orang kata,bagilah suami makan masakan bertaraf hotel 5 bintang. Patutnya kita teruslah bukak internet carilah menu-menu dan resepi yang sekira-kira setaraf 5 bintang. Barulah suami tak sampai asyik nak pergi makan kat hotel yang mahal gila sambil menghabiskan duit tu. Peliklah sangat bila anjuran yang sangat baik itu kita sambut dengan berkata,apelah nak cakap pasal hotel 5 bintang ni? Makan biasa-biasa jelah. Suami kena faham yang isteri penat mana sempat nak masak beria-ia. Makan megi pun tak apalah. Itu ialah jawapan isteri-isteri yang memang teruk nak kena rotan. Suami tu pemimpin. Kena layan macam pemimpinlah. Bukan layan ala kadar macam babu je. Ha..nanti bila suami sibuk nak cari lain,mulalah buat cerita sedih cakap suami tak kenang jasa,dah tak sayang. Kadang bukan suami tak sayang,tapi sebab 'makanan kat rumah tak best. Terpaksa makan hotel maa'

Kenapa saya rasa macam berkobar-kobar bila cakap hal ni? Hehe.. Taklah berkobar mana pun cuma geli hati bila tengok benda yang senang gila kentang macam ni jadi berat bila tak difahami dengan sebaiknya. Hasilnya,benda yang baik tak dapat nak dipraktik kan oleh masyarakat. Cakap pasal poligami pun salah. Cakap pasal nak taat suami pun salah. Ish ish.

Patutnya kita kaji betul isi dari apa yang cuba disampaikan oleh KTS ni. Kan ada disebut bahawa isteri yang baik itu ialah mereka yang mentaati Allah dan Rasul juga suami sebagai pemimpin. Semua yang disampaikan oleh KTS tu ialah perintah Allah dan Rasul sendiri. Cuma bila dihurai secara menggunakan istilah-istilah yang nampak macam pelik(nampak je.. tak pelik pun sebenarnya) tu je jadi lain sikit. Padahal mesejnya ialah nak kena jadi isteri solehah. Very simple right? Kerana itu hati mau bersih. Jangan prejudis. Kebenaran itu perlu diterima walau dari mulut seorang budak tadika sambil makan choki. Jangan kerana takutkan pengaruh orang lain melebihi dari kita,kita sampai menidakkan kebenaran yang hakikatnya datang dari Allah dan Rasul. Bahaya tau!

No comments: