Iklan

12 July 2011

Luahan peribadi

Salam..hari nie aku rasa nak luahkan sesuatu yang aku rasa nak kongsi di blog aku nie...bagi kekawan blogger aku yang pompuan korang rasa pahit tak kalau bermadu atau dimadukan...nie bagi pendapat akulah,tiada kena mengena dengan orang lain sebab apa yang aku nak kongsikan adalah dari pengalaman aku sendiri setelah hanpir 10 tahun hidup berpologami...aku bersyukur kerana menpunyai "rakan kongsi " yang sangat baik yang pernah aku jumpa...apa yang pompuan2 kat luar sana takut terjadi apabila berpoligami tidak pernah aku rasai...malah aku bangga dengan keluarga yang aku miliki sekarang nie..

Apa pon pandangan korang terhadap poligami aku x halang,itu hak masing2...cuma pada aku Allah hanya satu dan kita berkongsi untuk mendapat keredhaanNya...mengapa kita x kisah,inikan pula manusia biasa yang Allah jadikan bagi peneman kita di dunia ini SAHAJA... seorang insan yang tabah dan sangat baik sehinggakan aku boleh belajar sedikit sebanyak JIKA suatu hari nanti kedudukkan kami akan diambil alih oleh kaunter no 3 dan seterusnya...bukanlah aku maksudkan yang laki aku tu nak kawen lagi...pada aku kalau dia mampu x salah...mampu,adil dan bertanggungjawab...

Entahlah,susah nak luahkan apa yang aku rasa tentang poligami nie...salah ke?yang salahnya...berpoligami tapi takut untuk berhadapan dengan isteri masing2...dan yang tak bertanggungjawab...cuma 1 pesanan aku pada yang sudi mengambil kisah aku nie sbg iktibar...janganlah takut untuk berkongsi kasih kerana Allah sentiasa melindungi hambaNya yang melakukan keranaNya...jangan takut untuk hidup bermadu (pastikan niat suami tu betul) kerana tidak mustahil suatu hari nanti kita sang isteri2 akan dimadukan...

Pada sesiapa yang rasa isteri no 2,3,4 adalah perampas dan perosak rumahtangga org lain..anda tidak salah... yang salah adalah isteri2 yang berniat untuk merosakan hubungan suami dengan isteri2 yang lain...waalahualam...

P/S: Bukan berbangga diri tapi mensyukuri nikmat yang diberi...

6 comments:

AnneRaini said...

ko dok serumah ke dgn madu ko?baguslah ko dpt madu yg memahami...kalo madu ko tak redha mmg susah nk bhgia..

Manismadu84 said...

serumah..sebantal..sekatil..sepinggan..secawan.....semeja....sekerusi je x muat..hahaha..maklumlah,sayang punya pasal den sodot lemak2 tu serap dalam badan aku nie...tu yang gebabom nie....huhuhuhu

Diana @ BKKC said...

sis; alhamdulilah..sis dpt menikmati kemanisan bermadu...bukan ssemua begitu sis..dee pon ade dengar dari kwn rapat dee yg ibunya isteri pertama..ada yg boleh berkongsi..ada yg sakit ati smpai tak nak amik tahu kehidupan yg no.2 tu..

emarieys said...

semoga akak berbahagia.... yang porak peranda bila hasad dengki..dan niat tak baik saja..

hunnyAPIS said...

wow..kagumnyer..semoga awak bahagia selamanya bersama keluarga terchenta pn manismadu :p ehe...

Anonymous said...

woa.. gua pun pernah rasa madu.. madu lebah laa.. madu tu manis.. hehe..
gurau jer..
=P