Share story...
Seorang lelaki Melayu Perak jatuh cinta dengan seorang gadis Melayu Jawa. Satu hari dia menziarahi keluarga gadis itu. Lelaki itu membawa buah epal & anggur sebagai buah tangan, lalu memberikannya kepada 'bakal' ayah mertuanya..
"Jagong..jagong"..kata wak itu,mempersilakan duduk.
Kemudian semasa menghadapi makanan di meja makan, wak itu
mempelawa lelaki itu..
" Makanlah nasi..itu jangan kari, ini jangan bening, itu jangan
tempe.."
Semasa hendak balik lelaki itu ditanya wak... 'kapan mahu datang lagi?'..kapan-kapan datang ya...."
LELAKI itu kemudian menelefon teman wanitanya untuk 'break off' serta merta.
Dia mengadu tentang ayah gadis itu :
1) I bawa epal & anggur mahal, dia minta jagung
2) I kelaparan nak makan, dia suruh I makan nasi je..yang lain, jangan, jangan
3) I masih hidup, dia doakan I mati dikapan..
P/S:Moral of the story??
1 comment:
gadis Jawa berbahasa KL kot setiap kali berjumpa lelaki Perak..heheh
Post a Comment